PENGENALAN
Entrepreneurs Development
Institute (Institut Bina Usahawan) adalah sebuah organisasi latihan milik
bumiputera yang komited dalam membangunkan sumber insan sejak ditubuhkan pada
tahun 1989.
Entrepeneurs Development
Institute berpengalaman luas sebagai penyedia latihan dan berdaftar dengan
Pembangunan Sumber Manusia Berhad sebagai penyedia latihan kelas A. Sebagai
penyedia latihan dan pakar runding Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB),
kami mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam memberi latihan kepada lebih 500
syarikat antarabangsa dan tempatan dalam pelagai bidang yang antaranya
produktiviti dan kualiti, pengurusan, motivasi, teambuilding dan
latihan-latihan yang berkaitan.
Pada masa ini EDI sedang memberi
penumpuan dalam projek melahirkan lebih 1000 orang usahawan berjaya. Setakat ini
seramai lebih 200 orang usahawan kecil telah berjaya melalui kaedah “ Business Coaching,
Mentoring & Immersion" sejak program ini dilancarkan pada bulan Julai 2006.
EDI mempunyai 2 pusat
latihan yang terletak di Gombak, Kuala Lumpur dan Durian Tunggal, Melaka yang
dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal. EDI
juga mempunyai kilang yang bertaraf GMP yang berpusat di Pengkalan Chepa,
Kelantan.
PUSAT LATIHAN KEUSAHAWANAN EDI GOMBAK (4 ekar)

PUSAT LATIHAN KEUSAHAWANAN EDI MELAKA (30 ekar)

[
Misi & Strategi ] [
Utama ]
|
© Entrepreneurs Development Institute.
Hak
Cipta Terpelihara |